8.17.2011

LUPAKAN SI DIA!!


Ditinggalkan kekasih???aduh..sedihnya..memang la sedih..ditipu oleh orang yang kita sayang..orang yang dulu pernah berjanji untuk sehidup semati.Kini semua tinggal kenangan...
Apa boleh buat..nasib badan..macam-macam janji manis dia..tapi sekarang??dia dah bahagia dengan orang lain..kita plak yang merana..Bila dah clash mula la nak try lupakan ex-kekasih tu..tapy x boleh lupa..yang tu yang susah..perit..sukar sangat-sangat..tapi x pa..ada cara dia..jangan risau..

Fikirlah positif..setiap perpisahan ada hikmah dia..kita just perlu relaks..cool...haha..aku cakap senang la..btoi dak??pelan-pelan..mesti berjaya punya..ramai yang sengsara akibat cinta..yang mati kerana cinta pun ada..x guna la kita jadi macam tu..nak terkejar-kejar insan yang asalnya hina dicipta dari setitik air mani..cintalah pada yang MAHA ESA..insyaallah..pasti hidup bahagia dunia akhirat..



Di sini..saya ingin berkongsi tip-tip untuk melupakan ex-bf/gf kita...

  • buang semua kenangan manis yang ada waktu kita bersama dia dulu..x kiqa la..REMOVE dia dari facebook[sekarang!!]..padam number phone dia[padam lekas!!]..hadiah-hadiah yang diberi[bakar sekarang!!]..gambar-gambar si dia..koyak-koyakkan..(GANAS SIKIT!!!)
  • berhenti dari berSMS,call atau pun berEMAIL dengannya..stop everything FOR GOOD..
  • berhenti dari bertanya tentang si dia..contohnya"dia la macam mana?sihat?dah ada orang barU??''..itu hanya mengingatkan lagi dia pada kita.
  • anggaplah dia bukan untuk kita..kita juga bukan untuk dia..tiada jodoh la senang..
  • carilah pengganti baru..banyak lagi yang lebih baik di luar sana..jangan kita takut dengan bayang-bayang sendiri.
  • anggap dia tidak pernah wujud atas muka bumi ini...semua tentang dirinya hanyalah mimpi..
  • luahkan perasaan kepada orang yang boleh dipercayai untuk mengurangkan tekanan untuk melupakan si dia.
  • keraplah bergaul dengan orang lain dan jangan selalu bersendirian kerana kita mesti akan teringatkan si dia
  • ingat semua benda jahat yang pernah dia lakukan terhadap kita..benda-benda baik jangan kita ingat sebab lagi susah kalau asyik teringat kebaikan dia.
  • jangan biarkan diri kita terus diulit kesunyian dan kesepian
  • jangan dengar lagu-lagu yang membuatkan memori bersama si dia kembali menghantui kita..
  • ambil masa untuk memperbaiki diri dan merawat rohani..
  • kuatkan diri..sentiasa berdoa pada ALLAH S.W.T
  • mulakan hidup dengan nafas yang baru





DAN YANG PALING PENTING IALAH-
memaafkannya dengan keihklasan dan ketulusan hati kita. Selagi ada rasa dendam dan marah di hati, selagi itu kita tidak akan dapat melupakannya dan ini akan membuatkan kita merasa lebih terseksa.









"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, dan Dia turunkan petir dan hujan. Kita tertanya-tanya di manakah matahari. Rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi.".^_^


*jadilah tuan cinta..bukan hamba cinta..
so...macam mana??boleh la try practice benda n...mana taw kot-kot boleh lupakan si dia...x payah kita susah-susah bersedih untuk orang yang pernah curang,tipu dan khianati cinta suci kita ini..hepy2 salu!!!

2 comments: