8.25.2011

2 jam yang paling memeritkan!!!

Malang tidak berbau,kentut memang bau,ungkapan yang sesuai untuk digambarkan dengan apa yang berlaku.Mungkin suratan takdir or maybe just dugaan.Aku sangkakan kapal yang berlayar sampai ke pelabuhan,rupanya karam terlanggar ice berg.2 jam yang amat memeritkan dalam hidup aku telah ku lalui walaupun parut yang terbentuk akan kekal hingga Selena Gomez bertudung.

Kegembiraan yang diharapkan,tetapi hanya ada sampah-sarap.Tindakan aku untuk berbuka puasa bersama gagak dan pidot ternyata mengundang seribu satu emosi.Padah yang tiada helah bermadah.Air yang tenang jangan disangka cetek.Kesanggupan aku untuk membungkus masakan ibu di dalam tepawe biru mengukir senyuman di hati srikandi-srikandi bazar yang berbuka bersama tadi.Apa tidaknya,tepawe berlambang ice-cream keladi menjadi pilihanku ibarat kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke lantai.

Sebenarnya,tanda-tanda dia dah diberi ibarat kuku ada sekam.Cuma aku yang lambat untuk memahami.Fokus sewaktu menunggang moto hilang sebanyak 10% apabila hendak mengambil selekoh.Tapi aku tetap dengan pendirianku,kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tengah sawah,ku ingin menemani mereka yang seharian suntuk menjaja air walaupun hari hujan.Mungkin nampak bodoh,tetapi jangan salahkan mereka.Belakang parang kalau diasahkan lagikan tajam,inikan depan parang lagilakan.

Sebelum mengunyah kuih koci,kepalaku terasa bergoncang bagai bola rumah kristal yang dihadiahkan sewaktu krismas.Aku menganggap mungkin ia hanya mainan perasaan ibarat alah bisa tegang tu normal la.Selepas selesai menambah berat hampir 2 kilogram.Dada terasa meloya.Diriku hanyut ditelan ombak.Mencari-cari di mana rumah api.Menurunkan tongkat kapal.

Lalu menuju ke sebuah parit yang dalamnya tidak dapat dipastikan.Ku memuntahkan lava dari perutku.Membuak-buak,mendidih-didih ibarat mencurah air ke daun keladi.Bulat air kerana pembentung,bulat perutku kerana makanan.Keracunan???Berbadan dua??tidak.Aku musykil.Langkahku mula terhoyong-hayang.Mataku mula berbinau-binau.Cahaya lampu pasar malam ibarat lampu disco.Ku mengajak mereka ke klinik.Nyawaku seperti telur di hujung tanduk.

Dalam perjalanan yang singkat.aku berada di belakang gagak,sekali lagi.Tepuk dada bukan tanya selera,tetapi lagi muntah.Uwek!!!di tepi jalan,di tengah-tengah ibu kota.Ramai mata yang memandang,kagum dengan kebolehanku mengeluarkan isi perut.Keadaanku amat menyedihkan.Sampai di klinik,aku segera menyandar di dinding.Kelihatan ramai pesakit keluar masuk sambil memberi senyuman sinis kepadaku.Ah!!ini bukan masa yang sesuai untuk mengoratku.Ku masuk untuk berjumpa doktor.Selepas selesai menceramah doktor itu.Doktor itu berhujah mengatakan hati gajah sama dilapah,hati kuman bohong mana boleh cicah.Iaitu tekanan darahku tinggi.Hatiku begitu risau.Mungkin ini satu petanda bahawa aku mengalami stress ataupun kereleksan yang melampau.Duit untuk membayar kos perubatan tidak mencukupi umpama kalah jadi abu,menang jadi ali.Gagak yang tambah sikit.Kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat peribahasa ini.

Pidot dan gagak segera menemaniku pulang ke rumah.Mereka tidak langsung mengambil kesempatan terhadap diriku.Mungkin aku berpakaian sopan.Bagai peanut lupakan butter.Aku tidak akan lupa.Kuat ketam kerana sepit,kuat batery kerana charger.
Terima kasih diucapkan kepada mereka yang bersusah-payah menolongku.Thankz guys!!!


cukuplah aku merapu...
aku nak tidoq..tgok post koi bpa...
ZzZZzZzZZz......

3 comments:

  1. tudia..............
    mana semp0i p0wn !
    penink aehh bca !
    tp still phm jln cqita~

    ReplyDelete
  2. bguih la...n sbgai latihan komsas anda..haha

    ReplyDelete
  3. tudea najib . syok aih baca post hg! bleh ganti karam sign walia !!

    ReplyDelete