8.22.2011

Rahsia Anggota Tubuh Lelaki

Assalamualaikum...


Rahsia anggota tubuh lelaki???layan ja..
Ada yang menganggap rambut adalah aset paling utama bagi seseorang wanita yang mampu menarik perhatian mereka. Tapi kebanyakannya menyukai bahagian-bahagian yang dianggap seksi dan menghairahkan seperti punggung dan dada wanita!!! Fuyoooooo!!! but not all… !!!!! Tetapi memang bahagian itu yang sering menjadi intipan mata nakal mereka!!!SELALUNYA orang lelaki yang sering membicarakan tentang bentuk tubuh perempuan yang menarik minat seseorang lelaki itu. Masing-masing punya pendapat sendiri. BAGAIMANA DENGAN ANDA???.
Berbalik kepada soal bentuk tubuh wanita yang digemari oleh lelaki, tapi bagaimana pula dengan wanita??
Sebenarnya wanita juga punya tarikan kuat terhadap mana-mana bahagian tubuh lelaki! Cuma bezanya nak dikatakan disini mereka jarang nak berbicara secara terbuka. Kalau dikalangan mereka, topix ini tetap menjadi salah satu topix yang hangat dibicarakan (Ada Betui kahhh??)
Jangan terperanjat juga, minat mereka itu berbeza dengan kaum lelaki…! . Cuba tanya kepada mana mana gadis maupun emak-emak gadis…bahagian lelaki yang mereka sukai…ermmm..shhyyyyy.Pasti ada yang mengatakan mereka ini sukakan bahagian bahu ataupun punggung lelaki!!!Wahhh dooohh wahhh dooohhhh..! mesti mereka akan berkata macam nie…”””Fuyooooo!!! cantiknya badan dia!! sampai tak teringat ada orang kat sebelah..terpancul berkata-kata ” Bagi Aku lelaki yang punyai badan sasa itu adalah paling "seksi"
Ahaaaa!!!! Tahukah anda bahawa sebenarnya berdasarkan minat gadis, maupun sesiapa pun yang bergelar wanita, dibahagian tertentu tubuh lelaki, sikap seseorang itu boleh diselidik? Betul ker? Nak tahu? Rasanya masih ramai dikalangan anda yang tak tahu kan termasuklah para emak-emak gadis. Anda hanya tahu minat saja tapi tak tahu rahsia disebaliknya..JADI..Bacalah artikel ini sehingga habis untuk mengetahuinya..

RAHSIA BAHAGIAN PERUT LELAKI
Tak dinafikan, ada orang yang suka bahagian perut lelaki tak kira sama ada lelaki itu berperut “RATA” dan KEMPIS” ataupun “BOROI”!! Alah! ” TASTE” manusia ni kan tak sama dan bermacam-macam. Apa nak dihairankan?? Apa sikap seseorang itu yang menggemari tubuh lelaki dibahagian ini?
Menurut seorang pakar terapi seks dari bahan bacaan saya iaitu Dr Ava cadell, seseorang yang menyukai bahagian tengah tubuh lelaki ini melambangkan seorang yang ingin menguasai si lelaki. Mereka juga seorang yang suka dan inginkan diri mereka menjdi fokus utama si Dia. Pendek kata, mereka ingin diri mereka dianggap segala-galanya bagi lelaki itu!..Keburukannya, sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka inginkan, mereka tidak teragak-agak untuk berpaling tadah dan meninggalkan lelaki itu…AwwwwwwW!! Hai jangan lah gitu…tak elok naaaa…kesian si Dia.!

RAHSIA BAHAGIAN PEHA
Sama seperti lelaki, perempuan juga memuja lelaki yang bertubuh cantik. Jadi sudah tentu mereka yang paha berpotongan “V”, menjadi pilihan !..Mereka yang menggemari bahagian peha lelaki yang pejal melambangkan bahawa mereka itu sukakan kehidupan yang mencabar dan gemar berkongsi aktiviti mencabar dengan si Dia.Dalam hal ini kebarangkalian anda juga sukakan kejutan di dalam kehidupan sendiri.

RAHSIA BAHAGIAN DADA
Rata-rata perempuan sukakakan dada lelaki yang bidang. Yealah, kekononnya boleh dijadikan tempat sandaran yang selesa!..(tanya pada hud…hud.. naa). Ada yang menggemari lelaki dada berbulu dan ada yang sebaliknya (taste memasing gaaaakkk). Terpulang kepada diri individu itu sendiri. Apakah sikap seseorang yang menyukai bahagian tubuh ini? Mari kita lihat?..Mereka dikatakan seorang yang manja dan mengharapkan lelaki yang mendampingi mereka itu boleh bertindak sebagai pelindung kepada yang boleh membuatkan diri mereka rasa selamat bila berada disisinya. Menurut pakar, perempuan yang mneyukai bahagian ini lebih mementingkan kestabilan hidup berbanding dengan seks bila berkahwin nanti. Sekiranya mereka tertarik pada jejaka yang berbulu dada, bermakna mereka inginkan lelaki yang bersifat “Kejantanan” dan sekiranya dada tanpa bulu, mereka lebih sukakkan lelaki bersifat agak keanak-anakkan…Fusssss…

RAHSIA BAHAGIAN TANGAN YANG SASA
Tangan yang kasar dan sasa itu mempunyai tarikan yang tersendiri. Bagi seseorang perempuan yang meminati bahagian tangan lelaki, bermakna mereka itu meminati lelaki yang boleh diharapkan dan mereka suka bergantung kepada lelaki itu di dalam hidup mereka nanti..

RAHSIA BAHAGIAN BIBIR
Bibir lelaki juga mempunyai tarikan tersendiri bagi seseorang perempuan. Menurut pakar, hanya menerusi bibir, personaliti lelaki itu juga boleh diketahui. Misalnya sekiranya bibir dibahagian bawah agak menonjol sedikit, ia memberikan gambaran bahawa lelaki itu seorang yang sensitif dan prihatin terhadap perasaan orang sekelililing meraka. Namun secara amnya, bagi seorang perempuan yang menyukai bibir seseorang lelaki melambangkan bahawa dia mementingkan komunikasi didalam perhubungan. Tiap apa juga yang berlaku, mereka lebih suka berterus terang. Jejaka yang mampu menarik minat mereka sudah tentunya lelaki yang senantiasa mencuba untuk memahami mereka.

RAHSIA BAHAGIAN BAHU DAN LENGAN
Bahagian bahu dan lengan adalah antara bahagian yang paling diminati oleh golongan sesorang wanita itu apabila melihat susuk tubuh seseorang jejaka. Menurut pakar dari bahan bacaan saya, bahu yang lebar dan tegap adalah sama tarikan dengan saiz payu dara seseorang perempuan. Seperti juga dada, bagi perempuan, bahu memberikan perasaan selamat kepada sesorang perempuan bila tangan tegap dan kukuh itu melingkari tubuh mereka.(18SX)




RAHSIA BAHAGIAN PUNGGUNG
Pehhh!!… Jangan tak CAYA!! itulah hakikatnya. Macam lelaki sukakan punggung perempuan, apa kurangnya perempuan. Bahagian punggung yang pejal dan cantik menjdi perhatian perempuan. Malah ada yang mendakwa kononnya, sekacak manapun lelaki itu jika tidak punyai punggung yang cantik seolah-olah akan ” HILANG” sedikit kekacakan mereka…… Macam itu sekali…isss…siisssss… Apapun, perempuan yang meminati bahagian penuh “KONTROVERSI” ini seorang yang sentiasa ceria dan inginkan perhubungan yang penuh dengan keseronokan biarpun perhubungan itu mungkin tidak berpanjangan. Selain itu, mereka juga seorang yang terbuka dan suka suatu yang mencabar…WoooowwwwW…!!!


haha...layan tak??
see u next time..bubye!!!

8.19.2011

TAZKIRAH REMAJA(mesti baca)

Salam semua..hari ini badan tak sihat sikit rasa.Nasib baik tak demam sebab makan panadol awal jugak lah semalam.Dalam dok leka membaca surat khabar,saya tertarik dengan satu cerita ini.Cerita yang telah sedikit sebanyak menyedarkan saya.Jadi mungkin tak ramai yang sempat membaca artikel ini dan saya muatkan dalam ruangan blog saya untuk tatapan umum dan sebagai motivasi supaya kita lebih bersungguh-sungguh membuat pecutan terakhir sepuluh akhir RAMADHAN..marilah sama-sama kita hayati satu cerita motivasi ini...


Ada seorang hamba allah ini,dia pergi ke hutan.Sedang dia menghirup udara yang segar itu,tiba-tiba dia terdengar bunyi..aaauuuummm!!!!iaitu bunyi harimau kelaparan yang menunggu mangsanya.Jadi,si hamba allah ini larilah menyelmatkan diri.Harimau itu mengejar hamba allah ini kerana terlalu lapar sangat.Harimau itu terus kejar,kejar dan kejar.Hamba allah ini larilah lintang-pukang kerana terlalu takut.Sempat juga dia berdoa untuk mengelak dari dibaham dek harimau tersebut.Dengan kuasa allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya.Jadi untuk menyelamatkan diri,dia pun terjunlah ke dalam perigi itu.Di dalam perigi tersebut terdapat tali dan timba.

Dia pun bergayut pada tali itu.Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi manakala harimau yang lapar itu sedang menunggunya.Dia pon berfikirlah bagaimana cara untuk menyelamatkan diri dan berdoa kepada allah agar menyelamatkannya.Sedang dia berfikir-fikir bagaiman nak selamatkan diri,tiba-tiba dia terdengar bunyi kocakan di bawah perigi.Ya allah lagilah seram dibuatnya apabila terdapat dua ekor buaya lapar di bawah itu.Apalah nasib yang menimpa hamba allah tersebut.Sudah jatuh ditimpa tangga.Atas ada harimau dan dibawah ada buaya.

Dalam keadaan risau dan takut dia berfikir cara untuk mencari jalan keluar.Tiba-tiba keluar seekor tikus putih dari celah-celah lubang perigi itu naik ke atas ikut tali itu.Sampai di atas,tikus itu gigit pula tali itu.Kemudian diikuti pula dengan tikus bewarna hitam.Dia berfikir lagi,kalau naik mesti dibaham harimau.Kalau tunggu pasti tali itu akan putus dan jatuh lalu dimkan buaya.Sedang hamba allah itu berfikir bagaiman utuk menyelamatkan diri tiba-tiba dia terdengar bunyi...uuuuuuuzzzzzzz..bunyi lebah bawa madu.

Hamba allah dongak ke atas untuk melihat lebah yang sedang membawa madu tersebut.Lalu tiba-tiba setitik madu terjatuh lalu masuk ke dalam mulutnya.Hamba allah itu berkata,''Fuh manis gila madu ni,tidak pernah aku rasa sesedap ini.Sedap gila!!!.Subhanallah''.Kerana setitik madu itu hamba allah itu lupa pada harimau yang sedang menantinya di atas dan buaya yang menunggu di bawah.Kalau semua nak tahu,hamba allah itu adalah kita semua.

Harimau yang mengejar kita itu adalah maut yang sedang menanti kita.Jadi marilah sama-sama kita beringat,dua ekor buaya itu adalah malaikat Mungkar dan Nangkir yang menanti kita di dalam alam kubur nanti.Tali tempat hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan jika panjang talinya maka pendeklah umur kita.Tikus putih dan hitam itu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.Madu yang jatuh setitik dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.

Bayangkan setitik saja madu jatuh ke dalam mulutnya dia lupa pada buaya dan harimau itu.Macam kitalah,apabila mendapat nikmat lupa kepada allah dan begitu juga apabila dapat sedikit kesenangan sudah lupa diri,lupa dunia tempat beramal dan mencari bekal.Sebaik peluang adalah bulan RAMADHAN dengan seribu janji dan jaminan dari allah.Semoga cerita ini akan menjadi renungan kita dalam mengisi sepuluh malam terakhir ramadhan yang penuh keistimewaan,terutama bersunnguh-sungguh memburu malam lailatulqadar.
                                                                                                                        
                                                                              Dipetik dari;Artikel Datuk Mohd Zawawi Yusoh
                                                                              HARIAN METRO 19/8/2011